Friday, October 16, 2009

Erti KAWAN di dalam sebuah PERTEMPURAN

14 Oct lalu aku dimasukkn ke hospital.Aku rasa x perlu lah aku bercerita panjang tentang kemasukkan aku ke hospital.Apa yg pasti aku dimasukkan ke sana bukan kerana mempunyai masalah mental yg kronik.

3 hari terlantar di hospital.Tanpa sebarang sokongan dari mana² pihak.Akhirnya aku dibenarkan keluar pada hari jumaat.Perkara pertama yg aku lakukan ialah menghidupkan handphone cokia murah persis batu utk lontaran anjing.Dari situ aku lihat berduyun² mesej masuk.Dari pelbagai manusia dengan kata² yg berbaur kerisauan.

Di sini aku hanya nak bgtau setelah 3 hari di hospital.Aku semakin pulih.Cuma lemah² tu masih ada.Trimas utk kawan² yg bertanya khabar.Tak putus² call walaupun x dapat.HAHA!Thx TAQIE,PATINJO,MAMAK,HARKEEM,AYUE,JIME,ADIK,TULANG.

Realitinya..hanya berapa kerat saja yg berada disisi ketika aku susah.

So pada yg senang bersama..susah main jauh² tu...

LU PERGI LA MAIN JAUH²..WA TALAK HELAN LA BLADER!

Cheers!

Sunday, October 11, 2009

Alahai MEDIA BAPOK.


___________________________________________________________________________
KUANTAN(15jun09) – Sekali pandang, mereka umpama anggota kumpulan muzik rock yang sedang berehat sementara menunggu konsert.

Pandangan yang lebih teliti kemudiannya mengesahkan bahawa geng anak-anak muda itu bukan pemuzik tetapi remaja yang lepak menghabiskan cuti sekolah.
Jika niat mereka untuk menarik perhatian, ia ternyata berjaya.

Dengan memakai rambut palsu serta mengenakan pakaian ketat sama seperti era ‘Rock Kapak’ yang terkenal pada dekad 1980-an, kumpulan anak-anak muda itu berkumpul di tempat-tempat awam seperti di medan niaga dekat Jalan Beserah, di sini.
Namun, kehadiran mereka tidak disukai sesetengah pihak.

Ada penduduk dan peniaga mendakwa sebahagian daripada ahli kumpulan itu adalah pelajar sekolah yang biasa melepak di situ selepas sesi persekolahan.

Menurut peniaga, R.Siva, 37, kehadiran kumpulan remaja berkenaan sejak beberapa hari lalu di kawasan tersebut menyebabkan orang ramai berasa jelik.
_____________________________________________________________________

Penulisan seekor wartawan haprak.
Apa mungkin wartawan ini tidak mengenal rambut asli dan palsu.Jika dilihat pada gambar,aku sendiri sudah dapat membezakan ianya palsu atau asli.
Yang pasti artikel ini ditulis oleh salah seorang daripada puluhan wartawan bapok di Malaysia.
Entahlahh..mungkin ini punca bangsa malaysia lemah pemikirannya kerana ditipu dengan artikel² sebegini.

Friday, October 2, 2009

BALASAN TUHAN KEPADA INDONESIA TAKBUR


"Gempa itu datang bagai ular, bumi bergegar," kata seorang penduduk yg berada di lokasi sewaktu gempa berlaku.

Kelmarin jam 6.16 petang waktu Malaysia kawasan sama dilanda bencana sama sekali lagi. Hampir 529 (Sumber: CNN 7 malam, 1 Oktober) mangsa dilaporkan terkorban akibat gegaran 7.6 pada skala Richter turut memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

DAN SEBELUM INI.......

sekelompok penduduk negara itu melaksanakan 'sweeping' terhadap rakyat Malaysia.Bersenjatakan buluh runcing sambil berikat kepala, mereka berhasrat ‘memeriksa’ rakyat Malaysia berada di jalanan.Tindakan itu tercetus berikutan tuduhan rakyat Indonesia kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet milik mereka. Biarpun berulangkali negara kita memohon maaf, itu semua tidak dipeduli. Ramai blogger negara sama terus mengecam dan menggelar negara kita ‘Maling-sia’. ‘Maling’ bermaksud mencuri.

Terkini, Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, merayu negara jiran terutama Malaysia menghulurkan bantuan segera kepada mangsa gempa bumi. Kasihan, SBY terpaksa memohon bantuan dari Maling-sia, negara pencuri.

Pandangan aku sendiri,biarkan saja mereka mati kebuluruan.Jangan dihantar walau sebutir beras ke negara yang kononnya mencipta segala keaslian.

Dan sepatutnya, biar sahaja mereka dihiburkan tarian Pendet, mendirikan rumah menggunakan buluh runcing berbumbungkan kain ikat kepala dijahit bersama dan ‘makan’ semua perkataan berbentuk hinaan dihamburkan bloggers dan media mereka selama ini.

Begitulah kerdilnya Indonesia. Semasa aman, mereka tidak sedar diri dan begitu takbur kononnya semua budaya milik mereka. Balasan Tuhan ke atas mereka ini diharap akan membuka mata mereka bahawa segalanya bukan asli Indonesia tetapi milik Yang Maha Esa.


ALLAHUAKHBAR!

Thursday, October 1, 2009

HILANG

Hilang seketika meninggalkan semua gelak ketawa huhuhaha kawan² untuk tempoh 2 bulan.Itu tempoh percubaan.Mungkin akan menjadi lebih singkat..siapa tahu?

Bergantung kepada iman dalam diri..cuba hidup sendirian kerana tiba² aku terfikir kawan² yg ada sekarang hanya melalaikan.


HAHA!
maaf ya!

Thursday, September 17, 2009

Buang Ibu Di Aidilfitri

Tajuk Utama HARIAN METRO 16 September 2009.

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.




Anak yg dikandung 9bulan.Dijaga dari sekecil tapak tangan.Dibersihkn najis.Diberi makan dan minum.
Akhirnya pergi meninggalkn ibunya seorang diri di rumah org tua.

Tak tau la nak cakap camne.Aku ni pon bukan baik sgt.Tapi harap² aku xkn buat camtu kt diorang.Biarlah susah mana pon,kalau bole aku nak jaga diorang sampai diorang pergi.

Tp yg sedihnye da bertahun-tahun raya.Sekali pon aku x pernah mntk maaf.Aku tgk sedara mara lain dok sebok nangis² mntk maaf.Tp aku cume buat xreti.Makan kuih sambil tgk tv..macam xde pape berlaku.HAHA!
Bila la agaknya terbukak hati aku utk mntk maaf.



SyurgaDiTelapakKakiIbu-Aisyah

Tuesday, September 15, 2009

Kita Hamba Leka

Kita Akan Dijemput Di dalam hidup kita seharian,Ada persamaan inginan,Mencari harta sebanyak mana,Masa terdaya.Bila mentari menyuluh bumi,Kita pun bangkit dari mimpi,Menyambung semula pencarian,Yang terhenti semalam.Kepuasan terpancar jelas, Bila yang dimimpi terbukti, Dengan kekayaan yang dimiliki, Masih tidak lagi mencukupi. Memang begitu sikap manusia, Tidak puas dengan yang ada, Seolah harta di dunia Bisa bawa ke sana. Kita terlupa harta yang nak di bawa, Amalan seharian itu yang mesti harus di hati, Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku, Tidak berfungsi... di saat itulah, Terlihat semua di mana, Tempat kita...

Harus diingat... kita hanya musafir Yang didatangkan... hanya sementara Menghunikan alam Dan pasti akan dijemput... untuk pulang

SI PENIKAM BELAKANG

Sedih bercampur marah tambah sikit² hiba bila dpt tau kwn yg aku anggap SAHABAT BAIK tikam aku dari belakang. Dua hari sebelum aku dapat tau semuanya,aku ungkapkan pada DIA satu ayat yg mmg aku xkan ungkap pada sembarangan orang.


"KAU KAWAN AKU DUNIA AKHIRAT"



dan 2 hari lepas tu...

aku dapat tau dia tikam aku dari belakang..
Dia tikam sedalam²nya..merobek jantung dan usus aku..
URGHH!
Sakitnya tuhan saja yg tahu.
HAHA!


Lepas ni aku xkn caya org suka².
Tak kira la kau seMULIA mana.Pada pandangan aku kau ttp biasa sehinggalah kau boleh buktikan ada sesuatu pada kau yg membezakan ENGKAU dan SI PENIKAM.



RENUNG²kn dan SELAMAT BERAMAL.