skip to main |
skip to sidebar
Langit tidak selalunya cerah.
Bajet 2010 yg baru saja dibentangkan dan pastinya sedikit sebanyak melegakan mereka yg menghisap rokok kerana harga rokok tidak lagi naik seperti yg kita lihat pada bajet² lepas.
Ada diantara kita saja² isap rokok.Style katanya.
Ada diantara kita isap rokok kerana sudah terjebak sejak dari kecil.
dan ada juga di antara kita mungkin memang dilahirkan semulajadi utk menjadi perokok.
Entahlahh..jawapannya ada pada individu itu sendiri.
Harga utk 20 batang rokok adalah 9.30.itu paling tinggi mungkin.
Setiap tahun harga rokok di naikkan sehingga sampai ke satu tahap yg membuat aku berfikir
"Asyik naikk je..last² sekotak RM10"
Tapi aku silap..
Baru² ini di bentangkan cadangan utk meletakkan harga rokok RM30 sekotak.
Cadangan gila tapi berasas mungkin.
Mengapa masih meletakkan harga sedangkan ramai diantara kita masih mampu membeli.Haramkan saja.Itu lebih mudah walaupun dengan cara itu masih ada diantara kita masih merokok.Tapi aku pasti ianya di dalam kuantiti yg sedikit..amat sedikit.percayalah..
Jikalau RM30 untuk sekotak ilham berasap berjaya dilaksanakan.Pastinya org seperti aku akan ketandusan idea utk menulis.Kerana rokok adalah benda asas.Berak pon dengan rokok.HAHA!
Sama² berdoa agar harga rokok tidak dinaikkan.Kalau tak koyak la poket aku..
*Sampoerna 14 satu!
Hari berganti hari,sedar atau tidak kita semakin menjauh.Menjauh dari segala apa yang pernah kita lakukan dulu.Hari dimana gelak ketawa,suka dan duka kita lalui dan kongsikan bersama dan aku mengerti kita kini sibuk dgn kehidupan masing².Tapi adakah itu punca kita makin jauh?
ADIK
cuma satu yg ingin aku nyatakan disini
dapatkah kita ulang kembali waktu dulu?
Entahlahh...
*ManBai-Kau Ilhamku
hari ini aku ingin pergi dari hari ini. menjauh dari apapun yang sedang dikayuh waktu. menghilang dari detik yang mengejar dengan detaknya. ingin henti dari semua yang sedang bergerak bersama masa. ingin lupa tentang sekarang yang menikam dengan kenyataan.
hari ini aku ingin pergi dari hari ini. memaya bersama dunia lain bukan yang ini. memudar bersama warna-warna pupus itu. meranggas seperti daun-daun yang berguguran ke teras rumah pagi tadi. ingin tidur lantas terbangun di besok yang lebih sungguhan.
hari ini aku ingin pergi dari hari ini. mengingkari penglihatanku sendiri. mengelabui seonggok onderdil pemikir dikepala. membohongi hati yang terkeping ketika menemukannya. menutupi kesalahan yang terjadi dengan alasan rasa.
hari ini aku ingin pergi dari hari ini. hingga tak perlu kumengerti apa yang hari ini terjadi. agar tak perlu kesesali apa yang baru saja kulalui. supaya segalamu selalu menjadi bagian terbaik yang berjalan berdampingan dengan langkah letihku.
*Jika hari ini tidak ada,apakah esoknya berubah sempurna?

saya memang payah. saya tidak pernah hebat.
saya hanya manusia. saya bukan siapa- siapa.
saya terlalu naif dan romantis.
saya terlalu percaya pada cinta. walau cinta selalu menyakiti saya.
saya terlalu bergantung pada rasa.walau rasa mengkhianati saya.
saya tidak perlu pura-pura kuat agar dianggap hebat.
saya tidak harus berlagak bahagia. supaya terlihat baik-baik saja.
saya berusaha menjalani semua apa adanya. bekerjasama dengan hati yang retak. dengan galau yang meraja. dengan sakit yang akan selalu ada,menikmati setiap detiknya dan..
melakoni setiap harinya dengan senyuman.
*Sweet Charity-Batu

Well,kali ni aku nak kongsi sikit pasal seseorang yg banyak memberi inspirasi utk aku menulis.Beliau merupakan seorang penulis lirik juga pencipta lagu yg agak suam² terkenal utk mereka yg meminati genre muzik keras berbanding mereka yg mengaggap 3garis sebagai jalan hidup mereka.Beliau adalah..
MALIQUE
Baru² ini beliau baru saja melahirkan sebuah album solo bertajuk "OK".Dalam album kali ini cara penulisan dan penghasilan lagu agak matang berbanding dengan TOO PHAT dahulu.Lagu di zaman kanak² aku yg agak femes masa beliau dgn TOO PHAT dulu termasuklah ANAK AYAM,SNAP dan banyak lagi.Aku mengagumi lirik ALHAMDULILLAH dan ALA CANGGUNG.Walaupun lirik beliau tidaklah bercerita ttg PEMANASAN GLOBAL atau PEMBUNUHAN dan PENDERAAN KANAK-KANAK.Tapi bagi aku apa yg terkandung dalam dua lagu itu sudah cukup membuat aku mengagumi bakat beliau dalam industri muzik ini.Ini bukan cakap kosong.Beliau ada sesuatu yg ingin dikongsi dalam album solo kali ini.
Antara lagu yg termuat dalam album OK ialah...
MANTERA BERADU-Lirik lagu ini bagi aku cukup sempurna susunan ayat dan kosa katanya.Ada antara mereka diluar sana yg menganggap lagu ini lagu TAKSUB,lagu 3LINE.Tp bagi aku lagu ini mempunyai maksudnya yg tersendiri..maksud yg korang takkan paham kalau setakat mendengar sekali tanpa menghayati.
RAHSIA-Lagu ini menceritakan tentang kehidupan manusia sekarang.Bagaimana ingin hidup senang dengan menggadai maruah diri.Bagaimana cerita budak kampung yg lupa diri.Haihh..entahlah..beliau banyak bercerita tentang realiti dalam lirik ini.Owh lupa..lirik lagu ini kemudiannya diambil utk menghasilkan lagu CERITA KEDAI KOPI.
LAYU-Ini mungkin lirik.Tetapi bukan lagu.Secara tepatnya ianya adalah sebuah puisi.Puisi yg menceritakan tentang MELAYU hari ini.Ianya didendangkan bersama TUN DR.MAHATHIR.Cuba cari dan hayati bait² liriknya.
Kesimpulannya aku bukanlah peminat muzik hip hop yg tegar.Cuma beberapa individu saja yg mampu memberi aku inspirasi.Bagi aku tiada maksud tidak dalam muzik.Jika sesorang itu bagus.Aku akan katakan bagus.Berbanding dengan mereka yg anda minati tetapi menghasilkan puluhan lagu² ROMANTIKARAT.Apa bezanya mereka yg anda sanjung...dengan NEWBOYZ yg anda rasakan JIJIK hari ini?Tiada bezanya...
Cari lagu beliau jika mahu.Abaikan jika dirasakan perlu.
Ini bukan omong kosong.Ini omong berisi.
14 Oct lalu aku dimasukkn ke hospital.Aku rasa x perlu lah aku bercerita panjang tentang kemasukkan aku ke hospital.Apa yg pasti aku dimasukkan ke sana bukan kerana mempunyai masalah mental yg kronik.3 hari terlantar di hospital.Tanpa sebarang sokongan dari mana² pihak.Akhirnya aku dibenarkan keluar pada hari jumaat.Perkara pertama yg aku lakukan ialah menghidupkan handphone cokia murah persis batu utk lontaran anjing.Dari situ aku lihat berduyun² mesej masuk.Dari pelbagai manusia dengan kata² yg berbaur kerisauan.Di sini aku hanya nak bgtau setelah 3 hari di hospital.Aku semakin pulih.Cuma lemah² tu masih ada.Trimas utk kawan² yg bertanya khabar.Tak putus² call walaupun x dapat.HAHA!Thx TAQIE,PATINJO,MAMAK,HARKEEM,AYUE,JIME,ADIK,TULANG.Realitinya..hanya berapa kerat saja yg berada disisi ketika aku susah.So pada yg senang bersama..susah main jauh² tu...LU PERGI LA MAIN JAUH²..WA TALAK HELAN LA BLADER!Cheers!