Tinggalkan ruangan ini jika anda rasa entri kali ini membosankan..dan pada yang masih mahu melihat..
TENUNG HINGGA KE DASAR.
Kredit : Tukang gambar bebas Tanah Melayu
No one cared and No one dared

Malam isnin lepas JESUS dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.
Ada satu ayat di dalam kristian berbunyi...."Thou shalt not make unto thee any graven image,
or any likeness of any thing that is in heaven above,
or that is in the earth beneath, or that is in the water
under the earth." -Exodus 20:4
Ini review tentang TTRK 2010 yang telah berlangsung pada 30MEI2010 di One Cafe jln tar.Dengan perancangan selama hampir 2 tahun akhirnya 30 mei menjadi tarikh keramat utk semua rockers² malaya.Review yang sepatutnya diterbitkan 2 hari selepas gig.Tetapi bertukar menjadi seminggu lebih.Semuanya akibat kepenatan yang akhirnya bertukar menjadi malas.HAHA!
Brown attack masih kental dgn perjuangan dan muzik mereka.Penjual tiket terbanyak hari itu.Kenapa pggl BROWN ATTACK? lantak lahh..bukan gig lu.!suka hati la gua nak pggl sape.


Junction memang terbaik lah!selama ni karaoke je..bila dpt tgk live rasa nak nangis plak.Hatta masih kekal LIAR..panjat² speaker ape sume bagai..mmg x bole lupalah.Siap ada org bwk poster penentuan!haha!

tak lupa ada satu segmen khas utk Zainal Rampa(pengasas SEARCH).Beliau menghidap penyakit saraf.Setiap RM1 dari hasil jualan tiket disumbangkan kepada beliau oleh presiden KARYAWAN (Datuk Freddie Fernandez).
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan gig ini.Dari penaja² sehinggalah pembeli tiket.Kepada Ayid..Berbaloi penantian 2 tahun + 2 hari tak tido.Semuanya dah selesai.Sry tak dtg pkol 8 pagi.Tak larat beb!
Ini kisah keadilan.Keadilan untuk seorang remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak seorang anggota polis setelah kononnya cuba merempuh anggota peronda.Menurut kakak mangsa..adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.Sekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.
Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.
Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Rest in Peace, Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Al-Fatihah…