Tuesday, December 14, 2010
Saturday, December 11, 2010
Hari Lahir
aku tak mengharap pun.dah 20 thn hidup.setiap kali brthdy sama je.mcm xde.jadi sudah terbiasa.
tggu jela lagi 1 hari.kita tgk ape jadi.
*semenjak dua ni makin byk benda merepek aku post kt blog.dah tak seperti dulu.mungkin sudah terlalu bosan utk bercerita pasal dunia.
entahlahhh.......
Monday, December 6, 2010
Seluas Angkasa
termenung disuatu sudut jendela,
mendengar alunan indah
angin malam yg menyapa,
melodi indah susunan jiwa
hey angin,
terbangkan aku kesana,
aku mahu mengukir kata-kata cinta,
hey purnama,
kau indah,
kau jelita,
letakkan aku bersamamu,
agar dia sedar kewujudan diriku…
hai awan,
jgn hanya membisikkan kata,
bawa aku kelangit,
aku mahu bersamamu disana,
agar ku dapat menyapa dia sentiasa…
aku mahu terbang kesana,
bukan sendiri memerhati dia,
bahagia melihat angkasa,
tanpa peduli aku dihujung sana…
hey bintang,
mari temankan aku berbicara,
dendangkan aku alunan puisi,
perdengarkan padanya
syair harapan yg kutabur disegenap angkasa,
agar dia berpaling,
untuk melihat kesakitan ini...
MAAFKAN AKU.
*Bagaimana ku nanti,bila kau tak disisi..
Saturday, November 20, 2010
hadiah dari CINTA YANG TINGGI
Tuesday, November 16, 2010
Pentas Opera
kehidupan ini palsu,
manusia itu menipu,
perasaan ini meronta,
hati ini merana,
dunia ini kejam,
dengan lautan rasa terancam,
berombakkan kata2 dusta,
beranginkan perasaan derita,
merenung jauh dihujung sana,
melihat pentas palsu dunia,
sandiwara melodi kecewa,
dialog segala kata nista,
aku mahu sandiwara ini tamat,
sandiwara ini sandiwara hebat,
watak mereka watak utama,
watak aku??
watak derita…
Tuesday, November 9, 2010
Untuk cinta yang tinggi itu
diharap moga kekal sampai pelangi statik.
pancar wujud tiap masa tak rapuh dek detik.
biar rasa yang sama statik ini tetapkan kental tanpa gulana
dan gelisah.
biarkan.biarkan rasa julung ini tinggi sampai waktu aku mati.
sampai waktu aku pulang ke kayangan Tuhan.
tempat Tuhan.
mahukan yang sama ini selarikan dua hati yang direka.
yang dicipta.
moga tetapkan utuh tanpa goyah dan jatuh.
biar jatuhkan hati ini, tp usah jatuhkan naluri dalam ini.
yang sgt terasa tusuk tajam dalam sampai tak dilihat biar zarah pun.
biar macam angin yg sepoi selalu,
mcm bunyi ombak yg hempas batu2 hitam.
mcm biola yg digesel longlai.
mcm awan berarak sejuk mata pandang.
biarkan.biarkan rasa ini utk dia seorg.
biar sampai satu landasan tiada lagi dlm hati.
sampai satu hari tiada cinta yang lain.
biar terbuka dan tutupnya utk dia seorang.
Sunday, September 19, 2010
'HARGA' yang terpaksa dibayar rakyat Malaysia
- Ini 'HARGA' terpaksa dibayar rakyat Malaysia sekiranya kesemua lebih 2 juta tenaga kerja INDONESIA di MALAYSIA dikerah pulang ke negara asal.
-Wanita melayu berasa lebih selamat dengan ketiadaan ratu2 jamu
-Chow Kit akan diganti pula dengan penduduk tempatan.
-Tiada isu gadis ke lombok
Ada lagi?

