Saturday, November 20, 2010

hadiah dari CINTA YANG TINGGI

"if i can arrange letter,i will place you near with me"

LOVE YOU!





“At the touch of love, everyone becomes a poet” - Plato

Tuesday, November 16, 2010

Pentas Opera

kehidupan ini palsu,
manusia itu menipu,
perasaan ini meronta,
hati ini merana,

dunia ini kejam,
dengan lautan rasa terancam,
berombakkan kata2 dusta,
beranginkan perasaan derita,

merenung jauh dihujung sana,
melihat pentas palsu dunia,
sandiwara melodi kecewa,
dialog segala kata nista,

aku mahu sandiwara ini tamat,
sandiwara ini sandiwara hebat,
watak mereka watak utama,
watak aku??
watak derita…

Tuesday, November 9, 2010

Untuk cinta yang tinggi itu

utk cinta yg tinggi itu
diharap moga kekal sampai pelangi statik.
pancar wujud tiap masa tak rapuh dek detik.
biar rasa yang sama statik ini tetapkan kental tanpa gulana
dan gelisah.
biarkan.biarkan rasa julung ini tinggi sampai waktu aku mati.
sampai waktu aku pulang ke kayangan Tuhan.
tempat Tuhan.
mahukan yang sama ini selarikan dua hati yang direka.
yang dicipta.
moga tetapkan utuh tanpa goyah dan jatuh.
biar jatuhkan hati ini, tp usah jatuhkan naluri dalam ini.
yang sgt terasa tusuk tajam dalam sampai tak dilihat biar zarah pun.
biar macam angin yg sepoi selalu,
mcm bunyi ombak yg hempas batu2 hitam.
mcm biola yg digesel longlai.
mcm awan berarak sejuk mata pandang.
biarkan.biarkan rasa ini utk dia seorg.
biar sampai satu landasan tiada lagi dlm hati.
sampai satu hari tiada cinta yang lain.
biar terbuka dan tutupnya utk dia seorang.