Aku berpuisi, berkarya
Kerana ingin menyampaikan cerita
Kadang kala menyelitkan pesanan
Buat peringatan untuk semua
Ada kalanya pula
Aku berlawak jenaka
Membuat kamu tak kering gusi
Dan ada juga masa
Aku luahkan segala rasa
Dari hati dengan penuh emosi
Coretan-coretan isi hati
Cuma ini yang mampu ku beri
Bila aku sudah pergi
Dan takkan balik lagi
Meninggalkan kenangan dan memori
Aku harap tulisan aku
Bila dibaca oleh kamu
Buat kamu rasa aku hidup kembali