Monday, December 6, 2010

Seluas Angkasa

termenung disuatu sudut jendela,
mendengar alunan indah
angin malam yg menyapa,
melodi indah susunan jiwa

hey angin,
terbangkan aku kesana,
aku mahu mengukir kata-kata cinta,

hey purnama,
kau indah,
kau jelita,
letakkan aku bersamamu,
agar dia sedar kewujudan diriku…

hai awan,
jgn hanya membisikkan kata,
bawa aku kelangit,
aku mahu bersamamu disana,
agar ku dapat menyapa dia sentiasa…

aku mahu terbang kesana,
bukan sendiri memerhati dia,
bahagia melihat angkasa,
tanpa peduli aku dihujung sana…

hey bintang,
mari temankan aku berbicara,
dendangkan aku alunan puisi,
perdengarkan padanya
syair harapan yg kutabur disegenap angkasa,
agar dia berpaling,
untuk melihat kesakitan ini...

MAAFKAN AKU.

*Bagaimana ku nanti,bila kau tak disisi..

No comments:

Post a Comment