Saturday, December 25, 2010

Jangan lupa aku

Aku berpuisi, berkarya
Kerana ingin menyampaikan cerita
Kadang kala menyelitkan pesanan
Buat peringatan untuk semua

Ada kalanya pula
Aku berlawak jenaka
Membuat kamu tak kering gusi
Dan ada juga masa
Aku luahkan segala rasa
Dari hati dengan penuh emosi

Coretan-coretan isi hati
Cuma ini yang mampu ku beri

Bila aku sudah pergi
Dan takkan balik lagi
Meninggalkan kenangan dan memori
Aku harap tulisan aku
Bila dibaca oleh kamu
Buat kamu rasa aku hidup kembali

1 comment:

  1. kalau boleh aku tak nak kau pergi.sebab aku ada banyak benda nak bagitahu kau.walaupon kita kawan ya sekadar hi lepas tu bye.tapi dalam diam sebenarnya,aku suka kau.kita tahu each other.tp belum masa kau tahu aku siapa.biar lah sekadar kau tahu aku pernah wujud sebagai tiada nama dan pernah ada perasaan terhadap kau.

    orang kata kalau kita mimpi pasal seseorang yang kita kenal maksud nya orang itu sedang mengingati kita.

    aku pernah mimpi kau dalam 3 dan 4 kali nya adalah semalam.adakah kau sedang mengingati aku,aku pon tidak tahu la.tapi apa yang pasti.kau lelaki yang sudah lama aku meminati.cara kau bercakap,cara kau menulis,dan cara kau yang tidak sombong,buat aku rasa ingin tahu lebih mendalam pasal kau.

    aku rasa klu kau kenal aku siapa.mungkin kau akan ketawa kan aku.tapi tak ada lah.satu hari nanti kau akan tahu juga.

    aku harap kau hidup dengan baik.semoga kau sihat sejahtera selalu.aku disini selalu mendoa untuk kau disana baik2.

    terima kasih kerana meluang membaca komentar sampah aku.bye..

    ReplyDelete