Tuesday, March 30, 2010

namaku PREJUDIS

hey,

maafkan aku,

jika aku adalah prejudis,

demi kembalinya si pelangi demokrasi,

dengan penjara sanggup ku rumahkan,
dengan peluru sanggup ku kedinginan,
dengan maruah sanggup ku telanjangkan,

kerana apa?

hahaha!

kerana aku lah prejudis!

pencetus dinding-dinding hina!
pagar-pagar bangsat tajam!
bumbung-bumbung kufur melangit!
sempurna dengan pasak-pasak takbur!

ya,
benar.

aku celaka.

tapi..

tapi mengapa?

seringkali kontang akalku berlamunan,

mengapa kedurjanaan ini terhambur pada ku?
mengapa kehitaman ini disimbah kepadaku?
mengapakah kenerakaan ini menjilat aku?

mengapa?

adakah kerana aku

“PREJUDIS”??

hahaha!

hey manusia!

aku prejudis,

tidak punya mata,
telinga,
mulut,
tangan,
mahupun akal untuk berfikir!

jadi,

siapa celaka?

1 comment: