Sunday, October 25, 2009

Ini Tentang Inspirasi



Well,kali ni aku nak kongsi sikit pasal seseorang yg banyak memberi inspirasi utk aku menulis.Beliau merupakan seorang penulis lirik juga pencipta lagu yg agak suam² terkenal utk mereka yg meminati genre muzik keras berbanding mereka yg mengaggap 3garis sebagai jalan hidup mereka.Beliau adalah..

MALIQUE

Baru² ini beliau baru saja melahirkan sebuah album solo bertajuk "OK".Dalam album kali ini cara penulisan dan penghasilan lagu agak matang berbanding dengan TOO PHAT dahulu.Lagu di zaman kanak² aku yg agak femes masa beliau dgn TOO PHAT dulu termasuklah ANAK AYAM,SNAP dan banyak lagi.Aku mengagumi lirik ALHAMDULILLAH dan ALA CANGGUNG.Walaupun lirik beliau tidaklah bercerita ttg PEMANASAN GLOBAL atau PEMBUNUHAN dan PENDERAAN KANAK-KANAK.Tapi bagi aku apa yg terkandung dalam dua lagu itu sudah cukup membuat aku mengagumi bakat beliau dalam industri muzik ini.Ini bukan cakap kosong.Beliau ada sesuatu yg ingin dikongsi dalam album solo kali ini.

Antara lagu yg termuat dalam album OK ialah...

MANTERA BERADU
-Lirik lagu ini bagi aku cukup sempurna susunan ayat dan kosa katanya.Ada antara mereka diluar sana yg menganggap lagu ini lagu TAKSUB,lagu 3LINE.Tp bagi aku lagu ini mempunyai maksudnya yg tersendiri..maksud yg korang takkan paham kalau setakat mendengar sekali tanpa menghayati.

RAHSIA
-Lagu ini menceritakan tentang kehidupan manusia sekarang.Bagaimana ingin hidup senang dengan menggadai maruah diri.Bagaimana cerita budak kampung yg lupa diri.Haihh..entahlah..beliau banyak bercerita tentang realiti dalam lirik ini.Owh lupa..lirik lagu ini kemudiannya diambil utk menghasilkan lagu CERITA KEDAI KOPI.

LAYU-Ini mungkin lirik.Tetapi bukan lagu.Secara tepatnya ianya adalah sebuah puisi.Puisi yg menceritakan tentang MELAYU hari ini.Ianya didendangkan bersama TUN DR.MAHATHIR.Cuba cari dan hayati bait² liriknya.


Kesimpulannya aku bukanlah peminat muzik hip hop yg tegar.Cuma beberapa individu saja yg mampu memberi aku inspirasi.Bagi aku tiada maksud tidak dalam muzik.Jika sesorang itu bagus.Aku akan katakan bagus.Berbanding dengan mereka yg anda minati tetapi menghasilkan puluhan lagu² ROMANTIKARAT.Apa bezanya mereka yg anda sanjung...dengan NEWBOYZ yg anda rasakan JIJIK hari ini?Tiada bezanya...



Cari lagu beliau jika mahu.Abaikan jika dirasakan perlu.

Ini bukan omong kosong.Ini omong berisi.

2 comments:

  1. one nation emcce punya lirik pun boleh tahan..

    ReplyDelete
  2. "Assalammualaikum". Track ini, dari first time dgr sampai sekarang lagi, still belum muak. Malique to me macam a lighter, politer, MAS version of Immortal Technique. Kan?

    "If you got a problem with me being Malay, dude. Let's take it back to 1511." Juuuuust nice :)

    ReplyDelete