Wednesday, January 13, 2010

Misi membela maruah Bangsa dan Agama

Melayu itu rasis,itulah ungkapan yang paling bahaya dan semakin popular yang kita semua dengar.Kita sudah mula dijaja terutamanya oleh kumpulan politik yang berkepentingan dengan ungkapan sedemikian sehingga ia menjadi satu stigma baru kepada masyarakat seolah² menjadi melayu itu adalah sesuatu yang teruk dan mengaibkn,walhal rakyat negara ini kena berlapang dada serta tahu membezakan akan rasis dan keadilan bertempat.

Rasisnya seseorang bangsa itu ialah apabila mereka hanya berkehendakkan kelompok mereka sahaja yang mendapat segalanya dan menindas kelompok² lain sewenang-wenangnya.Dalam hal ini apakah rasis bagi sesuatu kaum itu apabila mereka cuba mempertahankan agama dan bangsa mereka?

Sejak akhir² ini,bangsa lain berlumba² untuk mempertikaikan hak istimewa orang melayu sebagai rakyat bumiputera dan agama islam sebagai agama rasmi negara ini.Antara isu terbaru yang membangkitkan rasa marah bangsa melayu dan umat islam ialah tentang penggunaan kalimah ALLAH dalam akhbar mingguan gereja khatolik [Herlad-The Catholic Weekly].

Kaum lain sehabis boleh berusaha untuk menghakis hak istimewa orang melayu dan islam di negara ini.Ini merujuk kepada ungkapan kata-kata seorang ahli politik berbangsa Cina...

"Mengapa perlu wujud Satu Malaysia?sedangkan bangsa melayu mempunyai keistimewaan mereka berbanding bangsa lain.Buang keistimewaan itu,biar sama rata.Itu baru Satu Malaysia."

Berapa dalam maksud ayat itu,anda sendiri nilaikan..

Sejak turun-temurun,asas pemerintahan Raja-Raja Melayu adalah agama Islam.Oleh itu apabila kita merdeka,satu perkara yang ditekankan oleh Raja-Raja Melayu,agama Islam perlu menjadi agama Persekutuan.Selain agama Islam ada empat perkata sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak,iaitu Hak Keistimewaan Orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153.Keduanya Kerakyatan,ini termasuk orang Melayu tidak boleh persoalkan kerakyatan dimiliki India dan Cina.Ketiga,kedudukan atau status Raja-Raja Melayu dan ke empat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

JELAS?

Mengapa dan kenapa ia tidak boleh dibangkitkan?
Ia tidak perlu dibangkitkan kerana sudah lama ada dan bukannya direka oleh sesiapa pun.

Entry panjang lebar ini ditulis berdasarkan pemerhatian aku untuk beberapa minggu.Bukan mahu membuat mana² pihak bertelagah,cuma sekadar ingatan kepada bangsa sendiri untuk bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama.Jika dilihat adalah tidak mustahil peristiwa bersejarah 13 MEI akan berulang kembali..dan jika ia benar-benar terjadi apakah kita sudah bersiap sedia?atau ada diantara kita masih duduk dan berpura² menutup mata kerana takut atau mungkin juga kerana sifat anti-perkauman masih menebal dalam diri.

Secara jujur aku tidak malu apabila dicaci dan dihina hanya kerana adalah seorang manusia yang bersifat perkauman tetapi aku akan lebih malu jika bangsa dan agama aku sendiri dipersenda dan dipermainkan tanpa aku sendiri berusaha mempertahankannya.



*Bangkit Melawan atau Tunduk Ditindas-Straight Answer

3 comments:

  1. bantk pihak bangun menantang pengunaan nama allah oleh bukan islam, tp tidak pula juga berjuang untuk menegakan hukum allah?

    ReplyDelete
  2. siapa?
    aku?
    tulis biar selidik.
    siapa yang tidak menegakkan hukum allah?

    mungkin orang tu kau kot.

    *lain kali letak nama.kalau takut tak payah tulis.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. bangkit melawan!
    jawapan muktamad.

    ReplyDelete