Sunday, October 11, 2009

Alahai MEDIA BAPOK.


___________________________________________________________________________
KUANTAN(15jun09) – Sekali pandang, mereka umpama anggota kumpulan muzik rock yang sedang berehat sementara menunggu konsert.

Pandangan yang lebih teliti kemudiannya mengesahkan bahawa geng anak-anak muda itu bukan pemuzik tetapi remaja yang lepak menghabiskan cuti sekolah.
Jika niat mereka untuk menarik perhatian, ia ternyata berjaya.

Dengan memakai rambut palsu serta mengenakan pakaian ketat sama seperti era ‘Rock Kapak’ yang terkenal pada dekad 1980-an, kumpulan anak-anak muda itu berkumpul di tempat-tempat awam seperti di medan niaga dekat Jalan Beserah, di sini.
Namun, kehadiran mereka tidak disukai sesetengah pihak.

Ada penduduk dan peniaga mendakwa sebahagian daripada ahli kumpulan itu adalah pelajar sekolah yang biasa melepak di situ selepas sesi persekolahan.

Menurut peniaga, R.Siva, 37, kehadiran kumpulan remaja berkenaan sejak beberapa hari lalu di kawasan tersebut menyebabkan orang ramai berasa jelik.
_____________________________________________________________________

Penulisan seekor wartawan haprak.
Apa mungkin wartawan ini tidak mengenal rambut asli dan palsu.Jika dilihat pada gambar,aku sendiri sudah dapat membezakan ianya palsu atau asli.
Yang pasti artikel ini ditulis oleh salah seorang daripada puluhan wartawan bapok di Malaysia.
Entahlahh..mungkin ini punca bangsa malaysia lemah pemikirannya kerana ditipu dengan artikel² sebegini.

4 comments:

  1. auh! rase mcm pernah bace lahhh this article!
    weeeeeeeeee!
    surat kabar segale ! : )

    ReplyDelete
  2. ok lah tue aku rasa,akhirnya media tahu bahawa tidak semestinya sikap negatif remaja semuanya datang daripada barat.budaya rock kapak nie dari ere 80'an malaysia.
    nie kalau tidak,tak habis² nak salahkan barat.

    ReplyDelete
  3. aku phm maksud ko...
    1-media cari point..nk slhkan korang(hehe) bab remja n mslah social..
    2-putar belit fakta(obviously bab rambut palsu)..

    nama pun media carik sensational issue nk tarik attention readers...

    so..yg jadikan media tuh haprakk...sebb diaorang tulis ikut pendapat sendiri...bukan fakta...

    so mmg haprak larr.. haha

    ReplyDelete
  4. entahlah.
    mungkin sudah ketandusan idea.jadi mereka memutarbelitkan fakta yg asli.
    Jualan tabloid meraka laris.Itu sudah cukup baik.

    Ttg penipuan...

    siapa kisah?

    ReplyDelete