Wednesday, December 30, 2009

Antara FANTASI atau REALITI

Aku keliru antara fantasi atau realiti
Fantasinya aku ingin lihat negara tercinta aman
Realitinya hanya mata kasar berkata negaraku aman
namun,gelodak sengketa bangsaku tidak kesudahan
bergaduh hanya kerana berbeza pandangan
Akhirnya nilai ketimuran dipinggirkan.

Aku berfantasi ingin melihat bangsaku bersatu
realitinya aku hanya bermimpi
Ketika ini bangsaku bertelagah
Bangsaku saling caci-mencaci tanpa malu
Bangsa lain tertawa sipu-sipu
Menyaksikan pentas drama
lakonan bangsaku.

Aku berfantasi bangsaku gah seantero dunia
Realitinya bangsaku kerdil tidak bermaya
Dipandang sepi oleh bangsaku sendiri
kerana keagungan bahasa penjajah tercalit di hati
yang tinggal kudrat tua terpekik terlolong
menegakkan kedaulatan bahasa tercinta

Aku berfantasi bangsaku kian maju
realitinya bangsaku masih mundur di bumi sendiri
masih ramai bangsaku menagih simpati
mengharapkan sentiasa diberi tongkat sakti
untuk meneruskan kelangsungan perjalanan
meredah onak duri kehidupan.

Aku keliru antara fantasi atau realiti
apa yang pasti fantasiku sukar direalisasi
relitinya episod ini pasti terjadi
entah bila ia akan terhenti
hanya DIA MAHA MENGETAHUI.



*LAYU-MALIQUE

1 comment: